♥ the beauties and the handsome ♥

a SMALL princess
with a BIG heart

princess

My photo
i wanna be a GREAT person SOMEDAY : )

Friday 30 December 2011

Alvin and The Chipmunks in the house .

assalamualaikum and hi everyone : )

how're you people ? i hope you're doing great . takmo sakit sakit . tapi kalau  dah sakit tu , makan ubat dan doa banyak banyak semoga Allah sembuhkan penyakit tu . okay you all ? sebab lately , i was sick . demam dua hari . huuuu . tapi alhamdulilah , i am better now .

so dear friends . apa yang korang buat last weekend ? since i really loooooovveeee to watch movies , last week i ended up watching Alvin and The Chipmunks 3 . walaupun mengantuk , tetap jugak nak tengok . lepas tu , terlelap dalam wayang tu . aiseymen , rugi je . hehe .

call me lame or so yesterday or whatever . tetap nak post entry ni walau dah berdebu dalam draft : (

AWESOMENESS . i love : )


Alvin Seville, Simon Seville , Theodore Seville


meet the Chipettes - Britanny Miller , Jeanette Miller , Eleanor Miller

apa apa pun cerita tu memang terbaik . this is based on my opinion . kalau sesiapa belum tengok , ain syorkan korang tengok lah . serius best ! tak rugi ! weeeee : )

chipmunks tu apa benda ? okay you all . ni ain nak share . tiba tiba terajin nak bukak dictionary dalam handphone kesayangan . by definition , chipmunk or chipmunks (plural) a burrowing ground squirrel with cheek pouches and light and dark stripes running down the body , found in North America and northern Eurasia .

dorang ni dari TV series taw . apa ? korang dah tahu ? cisss , ain baru tahu =.='

Friday 9 December 2011

great weekend with my dear friend fatiha

assalamualaikum and hi everyone : )


hari jumaat yang indah belaka . thanks Allah for giving me another day to live in this world . Alhamdulilah . syukur atas segala nikmat kurniaanMu . i am a Muslim and i am proud of it . are you ? insyaAllah . sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan . tak ada istilah terlambat untuk berubah . after all , better LATE than NEVER . am i right ?



oopps . terlebih sudah . HAHA


hai semua ! how are doing people ? ain harap semua sihat sihat selalu . kalau tak sihat , pergi jumpa doktor , makan ubat dan doa pada Allah semoga cepat sembuhkan penyakit awak ye .

actually , i have plenty of time today . so that's why i end up here . babbling . heee . just wanted to share something with you guys . and for future childrens and grandchildrens . oh man ! tak malu ke tulis cenggitu ? malu sikit lah . tapi tak kira , nak tulis jugak . HAHA



ni lah dia cik fatiha : )


cuba tengok view kat belakang tu . cantik . sebelah kiri (korang) tu sungai melaka tau . jangan tak tahu . hehe . tepi sungai tu pulak ada hotel Casa Del Rio . korang boleh feeling ala ala Brazilian gitu . serius cantik . ain jatuh cinta betul dekat view hotel ni . amazing . yang dua orang tu pun cantik kaaaaaannn . *okay . pengsan kejap*



ada river cruise lagi tu .

ini view di kala siang hari . cantik sangat . dekat tengah bandar ada hotel atas sungai . apa lagi yang korang nak ? cehhh , macam marah je . tak marah pun tau .

serius ain nak masukkan hotel ni dalam list hotel untuk honeymoon kat malaysia . cewaaaaaah . belajar pun ada lagi satu semester . berangan lebih . kalau mak ain baca lah , memang kena sekeh laju laju lah gamaknya .



rasa macam nak tinggal kat sini lama lama je . pleaseee


ni lah favourite view ain . all those lights , it's really amazing . sambil duduk tu , rambut (gadis free hair) dan tudung and segala shawl semua (gadis with hijab) akan terbang ditiup angin sepoi sepoi bahasa tu . auuwww , sungguh mendamaikan .



before makan sempat lagi capture gambar . ish ish


dah penat jalan jalan . jom kita makan dulu ! yabedabeduuu . part makan memang favourite ain . hehe



caaakkkk . tak ada motif . heee


dah makan . jalan pun dah . tunggu apa lagi . jom main cak caak . hehe . kalau yang ada family and rasa nak bersantai , jemput lah datang sini . hilang stress and penat kerja seminggu .



classmate ain : B
thanks tya . for coming to malacca . all the way from muar . driving alone . risau and sangat terharu . next time kita jalan jalan lagi mahu ? p.s : saya memang kaki jalan . kehkeh

that's it . tata . may you guys have a great weekend ahead . hidup dan bekerjalah seolah olah kamu akan hidup untuk selamanya . dan beramal lah seolah olah kamu akan mati esok . santapan minda ^.^

thanks for reading and have a great day people : )

nak jugak !

assalamualaikum and hi everyone : )

ada suatu hari , ain memberanikan diri untuk mesej ayah ain . nak suarakan rasa hati mahu ambil lesen kereta . ya ya . tak payah nak tenyeh tenyeh mata . memang betul apa yang korang baca . your eyes dont lie buddy . =.="  memang ain tak ada lesen kereta pun . dah tua bangka pun tak ada lesen lagi . pleaseeee jangan gelak kawan kawan . nak gelak juga ? okay fine , silakan . T.T

ain : ayah , orang ingat nak ambil lesen kereta lah . boleh tak ?
ayah : tak boleh , dia tak ajar budak sekolah rendah .

tergelak je ain baca mesej itu . beberapa minit lepas tu ,

ayah : boleh , nanti kita ambil lesen ye .

ayah takut anaknya ini terluka . cepat cepat ayah send mesej baru . padahal ain tergelak kot baca mesej pasal budak sekolah rendah tu . tak patut je . anak ayah ini cuma 145cm je . memang standard ke budak sekolah rendah 145cm macam ain ni . arghh ! frust . nak gayut kat monkey bar dah terlambat . haissshh +.+

so , i hereby would like to make a confession -- yeah ! i am 21 yet i don't have a driving license . how pathethic huh ? rakan sebaya siap boleh drive berkilometer . tak kisah , kacang goreng .

myvi is super duper cute . sesuai untuk ain . cewaah
ain pulak still terkial kial . haritu 1st time belajar bawak myvi manual . thanks cikgu and supporters . mula mula macam hebat lah konon . last last give up . sebab sangat tak reti nak balance kan clutch and minyak tu . FAIL , rasa nak ketuk ketuk je stering kereta tu . nasib kereta orang , jadi boleh control lagi .

rasa macam nak suarakan pada parlimen supaya kereta automatik je yang ada dekat sekolah memandu tu . pleaseeeee . driving an automatic car a way cool and easier . snap fingers 

nak kumpul duit . nak ambil lesen . tapi rasanya masih jauh lagi lesen L tu dari ain . huh . tak apa , akan ku kejar mu sampai ke lubang cacing . wakaka . takut tak takut tak ?

idaman kalbu
to my beloved buddies Eliza and Wani , i wish you all the best in your driving classes . dah dapat lesen nanti , bawak kita jalan jalan okay . kita nak duduk belakang goyang goyang kaki je . macam princess . ehh , bukan macam memang princes ! *dush dush*

ni lah best buddies ain .

presenting
.
.
big round of applause
.
.
.
.


from left : farah , budak sesat , wani

eliza . from nz with love :p
so by end of this year insyaAllah masing masing dah ada lesen . yahooooo ! tak apa , next year ain pulak . nanti korang jadi cikgu kita ehhh .

okay . that's it for now .

pesanan penaja : jadilah pemandu and penunggang yang berhemah and cool . jangan buang sampah dari kenderaan anda okay . littering ain't cool peeps .

thanks for reading and have a great day people .

Friday 2 December 2011

submarine kat melaka ? biar betul ?

assalamualaikum and hi everyone : )

lama nya jari jemari runcing i tak menaip . rindu nya pada cik papan kekunci . okay bai . sila sepak kalau rasa menyampah . heee : )


tengok tajuk kat atas tu . nampak gempak kan ? memang gempak pun . serius ain excited nak cerita . dah lama and berhabuk dah gambar ni ain simpan dalam handphone . nasib tak dimakan anai anai . nah , tengok gambar2 ni dulu . so , just sit back , relax and enjoy !

 
besaaaaaaaaaaaar sgt !

cover habis , tapi sedikit jakun . haha
nampak tak . ni bukan kisah dongeng atau kisah bohong . ni fakta ! read my lips , this is a fact people ! >.<  . malunya dengan diri sendiri . gambar tu bertarikh 19 nov , dah berkurun dah . adui , tutup muka lah camni *.* .

apa ? tak percaya lagi . tak apa . nah , baca ni --

MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.

Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.
Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. — Bernama

haaaa , dah percaya kan . bagus bagus . kalau korang tak pernah tengok lagi kapal ni , pergi lah . ain dah tengok (dari luar je) tapi kira okay lah tu kan ? visit Malacca means visit Malaysia , tak gitu ? cewaaaah . melaka ada banyak tempat best untuk korang lawati . kapal super duper besar bersepah sepah kat melaka . kat selat melaka ada , kat bandar hilir ada . heeee .

tengok ni
.
.
.

apakah abang no. 3 ni buat ? curi tulang je >.<

muzium kapal samudera . muzium yang best !

waktu malam sangat cantik . tapi tak boleh masuk malam
cantik kan ? ain tahu , memang cantik . untung lah ain belajar kat melaka . promote lagi  : D so , to those who had never been to Malacca , please do so . melaka mewah dengan sejarah and makanan yang sedap sedap . not to mention the people around . sangat warm , ehh yeke ? heee

dah cukup cukup lah ni ye peeps . heee . till we meet again : )

thanks for reading and have a nice day people . peace yaaaaw ! 



Friday 18 November 2011

favourite kita time masa kecil kecil dulu

assalamualaikum and hi everyone : )

salam jumaat semua . first of all , ain nak share something . untuk diri ain terutamanya .

"Demi masa . sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . KECUALI orang orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr)


semoga kita dapat hayati surah al-asr ni . insyaAllah .


today i feel like talking about my favourite cartoon during my childhood and apparently until now . tutup muka . malu sendiri  *.* 


The Flintstones .

okay yang ni memang favourite ain . siapa yang minat juga cerita ni angkat tangan . hehe . suka betul tengok dia . ain and adik ain suka tengok cartoon ni . dorang tinggal dalam zaman batu kan . siap ada dinosaur lagi . raawwrr .

naik kereta siap kena kayuh guna kaki . haha
walaupun cerita dia tak logik . tapi best kan . time kecil kecil dulu tak kisah pun logik tak . tak tercapai dek akal , tapi layaaann saja : ) 

semua sangat comel . tak tipu 
here are some facts about this cartoon show : 

  • screened from 30th September 1960 to 1st April 1966.
  • Produced by Hanna-Barbera Productions
  • the story is about a working class Stone Age man's life with his family and his next-door neighbor and best friend.
  • The show celebrated its 50th anniversary on September 30, 2010.
that's mean this year is its 51st anniversary . cool ! sangat old school lah kiranya . heee .

next , Popeye The Sailorman tuutt tuutt : )



yang ni pun kitorang adik beradik suka kemain . walaupun dah hafal jalan cerita , tetap juga nak tengok macam baru first time tengok . hebat kan ? si hero yang makan bayam selamatkan olive si kurus keding . tapi sebelum tu kena berlawan dengan si bluto kaki buli . siapa tak tahu , diam diam dah lah . haha 

tapi ain memang suka lah cerita ni . mula mula , dia tak kuat . lepas makan bayam terus kuat macam Badang . badang pun tak kuat . hehe . mungkin mak ain suruh kitorang tengok cerita ni sebab nak bagi kitorang minat makan sayur . boleh terima tak hipotesis ni ? boleh boleh .

kids , lets eat vegetables especially spinach : O
see . anak anak akan tertipu lalu pergi ke dapur dan minta sayur pada mama nya . taktik mommies berkesan . yay ! high 5 buddy : )

The Simpson 

minat lah . tapi sikit sikit je . characters dalam cerita tu macam pelik sikit . kepala panjang lah apa lah - ni opinion gadis berusia 21tahun . time gadis ni berusia 6 7 tahun , omg omg ! kita suka lah tengok katun ni emak *pelat pelat sikit* 

tengok lah . badan kuning kemain . tapi minat jugak nak tengok -.-'

Tom and Jerry . 


okay ! ni yang paling best . ain rasa semua orang pun minat kot . tipu lah siapa tak pernah tengok cerita ini . suka tengok Tom kena buli dengan Jerry . hehe . minat sangat sampai mak ayah ain belikan video tape yang dulu dulu tu untuk kitorang . tengok ulang ulang kali pun tak jemu . kitorang dah membesar , tapi Tom and Jerry tak besar besar pun . immortal sangat kot : p

tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas . cewaahh 
 fun facts about this show : )

  • centering on a never-ending rivalry between a cat (Tom) and a mouse (Jerry) whose chases and battles often involved comic violence.
  • A longtime television staple, Tom and Jerry has a worldwide audience that consists of children, teenagers and adults, and has also been recognized as one of the most famous and longest-lived rivalries in American cinema.
  • In February 2010, the cartoon celebrated its 70th anniversary

rupanya Tom and Jerry tales lagi evergreen dari The Flintstones . dah sebaya atuk nenek kita dah kan . tua kemain tu . mak ayah kita pun layan lah ni . hehe 

okaylah . itu lah antara cartoons favourite ain masa kecil kecil dulu . ho yeaaahhh ! sangat evergreen . tengok sekarang pun tetap suka juga . ain tak minat sangat anime . tapi ain rasa anime tetap ada keistimewaan nya . tak begitu mr/mrs/ms die-hard-fan-of-anime . cukuplah setakat ni dulu . till we meet again darlings .

thanks for reading and have a nice day people : ) 

Tuesday 15 November 2011

poor you . yes , you !

assalamualaikum and hi everyone : )

time : lunch hour
venue : workplace (meja ain)

amaran : entri berbaur ketidakstabilan emosi .


saat ni , ain rasa geram sangat sangat . entah kenapa lah ada manusia yang suka sangat dengki and suka menjatuhkan orang lain . not to mention perangai dorang yang suka sangat nak judge and criticize orang . pelik kan ? apa ? korang tak pelik ? okay , fine fine : )

ain tak faham . apa lah yang best sangat nak criticize orang . definitely lah no towards good things kan . if , they’re criticizing others for good sake , ALHAMDULILAH . tapi ini tidak . tanya elaun praktikal pun hendak dijadikan suatu isu yang besar . tanya office hours pun dikatakan kerek .

sangat tak faham . tak patut . in my opinion , everyone especially a GROWN UP human being shouldn’t be doing that . if a student applying to do their internship at your current workplace , you should be happy in welcoming them . semua orang tak perfect . ya ya , ain faham . tapi boleh kan kalau kita just jawab sahaja soalan soalan yang adik itu tanya . tak salah pun .

in fact , budak itu akan happy and staff itu pun akan happy . why lah people ? treat people like how you want to be treated . macam cliché , tapi berapa ramai yang really practicing it ? kalau ramai bagus lah . let’s give them a very big round of applause *clap clap* . but , if not it’s really pathetic :’(

ain doakan dia berubah lah . ke arah kebaikan definitely .



thanks for reading and have a nice day people : )

Friday 11 November 2011

i was tagged : )


assalamualaikum and hi everone : )

hai you all . tajuk macam bagus kan ? bajet diri seorang superstar gitu . heh . thanks aishah sebab bagi ain task/assignment ni . dah lama tak buat assignment . mood - berlagak sikit . sikit saja tahu . 

so , what are you waiting for . let's get started ! 

1.You must post these rules.
 2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
 3.Answer the questions the tagger set for you in their post.
    And create eleven new questions for people you tagged to answer. 

 4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post. 
 5.Go to their page and tell them you have tagged him/her. 
 6.No tag backs. 
 7.No stuff in the tagging section about 
    'You are tagged if you are reading this' you legitimately
    (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.



11 things about myself : )

 nor ain asmadi is my name .
 having a twin sister is the greatest gift .
 apparently , i am lefthanded . oh ya , not that band .
 mak and ayah ain ialah harta yang paling bernilai .
 PINK is my favourite colour .
 ada Diploma in Accountancy and insyaAllah next year graduated with Bachelor in Accountancy . alhamdulilah . 
 tinggi setakat ini - 144cm *berdoa akan bertambah tinggi*  
 i love and enjoyed studying accounting , yet i wanna be a good TEACHER someday . 
 tak pernah ada myspace . twitter juga . sila kan ketawa kuat kuat XD .  
 passport dah lama mati . sampai sekarang tak renew .
 im not single . 


Questions from beautiful aishah : )

ape perception kowang bile first tyme kenal owang??


first time kenal awak , kita rasa awak peramah . sebab kita memang susah nak mingle , so macam jealous bila tengok awak : )

1 perkare yg xlh lupe pasal owang.. 

kena bagitahu ke ? malu lah . hehe . AKRAM lah perkara itu . (psst , awak still dengan dia lagi kan)

owang lg ok pkai spect ke x??npe??

dua dua okay . tapi rasanya tak pakai lagi cantik . sebab kecantikan sebenar tak terlindung dek spek itu . kehkehkeh 

owang ngn a***m sesuai x??npe??huhuhuhu jujur ek..

hehe . memang sesuai sangat ! dari dulu suka tengok korang berdua . cepat cepat kahwin ehh . 

antara nampak cantek/handsome or nampak kurus yg mane korang pilih??npe??

err , macam susah pula soalan ni . haha . let me see , mana yang kita prefer ek . boleh tak nak nampak cantik dan kurus gituuu . hehe . personally , kita prefer nampak cantik , sebab kurus tak semestinya sihat . HAHAH . habislah , produk kecantikan lepas ni dah tak laku . 

perkara yang korang teringin sangat tp smpai sekarang belom dapat.. 

pergi bawa mak and ayah menunaikan haji or umrah :'( 

perangai manusie yg korang sgt xboleh nk tolerate..npe??

entahlah . tak tahu apa . tapi kita tak suka sangat orang yang suka cakap pasal kekurangan orang lain . rasa macam dia tu tak professional . sebab manusia memang tak sempurna . jadi tak perlu nak bercakap pasal kekurangan orang lain 

nama lelaki yg korang rase suke/best/macho??

amin !! hahaha . apa lagi ek ? johnny depp boleh ? kalau nama melayu kita suka nama dalam novel . heeee . macho kemain !

nama perempuan yg korang rase best/cute/feminin??

ni tak dapat nak tipu lah . nama yang paling FEMININ , CUTE , BEST ialah - AIN . feminin habis ! haha . okay lah , jawapan lain -- nama nama wanita dalam islam . aisyah , fatimah , siti khadijah , umairah and etc . oh yaa , nama awak awak yang tengah baca blog ni pun feminin tau . jangan kecewa . haha

lepas abeh degree ni, ape perancangan korang??

mula mula dulu ingat nak kerja . then futher study . ambil CIMA i guess . tapi sekarang nak terus isi borang jadi cikgu kat MRSM . yay !


benda yg pling best jd sepanjang tempoh belajar(xksah la kt skolah ke, u ke)
dapat 4A 1B dalam UPSR . sebab lepas tu kita masuk asrama yayasan selangor dekat Kg. Pandan . lepas tu masuk pulak MRSM Serting and finally UiTM dihatiku . dapat kenal dengan semua AWESOME   people aroung - cikgu and friends : )


so , aishah . kita dah jawab soalan awak . heee . suka letteww . so , ni lah dia soalan cepumas sempena 11.11.11 yang special ni . sekali seumur hidup tahu ? 



and the questions are  . . . . jengjengjeng . . . . 

♥ haiwan yang paling ditakuti
♥ makanan yang tak pernah try tapi rasa nak sangat makan
♥ ada bantal busuk tak 
♥ sekolah rendah dulu ada boyfriend tak
♥ time sekolah pernah tak ada crush pada mana mana cikgu 
♥ anggota badan yang paling disukai
♥ destinasi honeymoon 
♥ tema wedding of the year korang
♥ siapa lagi cool ? doctor or auditor ? 
♥ favourite cartoon during your childhood
♥ ciri-ciri bakal suami/isteri idaman kalbu 
♥ dah cukup sebelas soalan . HAHA . ni yang ke duabelas okay 

so , the lucky persons are -- 



thanks for reading and have a nice day people : )

Tuesday 8 November 2011

the most innocent human being on earth .

assalamualaikum and hi everyone : )

i hope it's not to late to wish all of you SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ! teringat zaquan adha *love love* .  so people , how was your hari raya ? mine was AWESOME !! alhamdulilah . thanks Allah for giving me such a great and wonderful family : ) i really had a great hari raya . i hope you too people .

tajuk macam nak hot je . bajet gila hoi . hehe . dah macam ada award lah pulak . okay lah . the most innocent human being on earth goes to the BABIES : )

cuti since friday until monday memang tersangat lah indah . indah kemain sampai nak balik semalam pun bukan main berat lagi kaki ni . eeee , geramnya . tak dapat spend masa lama lama dengan family . tak apa , anak mak ni kuat ! hehe

bila balik rumah , antara aktiviti yang wajib ada dalam list is play with kiddos . i love baby . sebab dorang comel and sangat innocent . so i can kiss , hug and even bite them . ahaks . i can do whatever i want . bila tengok dorang main main tu , macam geram nak peluk-kuatkuat-and-cium-banyakbanyak je . dengan bau bedak johnsons dorang tu . wonderful . tambah tambah lagi kalau ada bau minyak yuyee . hehe

produk bayi . hehe
from one generation to other generation : )
bila sapu minyak yuyee kat perut bila sakit tu , terasa diri ibarat bayi . yay ! manja letteew . HAHA . ain sangat suka main dengan budak kecil . of course lah yang suka ain . bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi . suka tengok diorang gelak gelak , senyum senyum and cakap pelat pelat tuuu . rasa tak sabar nak ada baby sendiri . hopefully , i would be a great mother : ) . so , i am now presenting those kiddos that would made my day .
  http://www.emocutez.com
.
.
.
.
.
.

pejam mata dulu 
.
.
.
.
. 
tadaaaa !! ~
.
.
.
ehh , silap silap . macam mana boleh termasuk gambar ni pulak . aiseymen : P
these kiddos are babysit by my mom . adik beradik . abang dah 1 tahun 2 bln . adik tak tahu lah bpe bulan . hehe . dorang anak cikgu . sangat cerdik . ain sangat sayang abang , furqan . selalu main dengan dia . dia manja dengan ain . bangga oh bangga ! lagak seperti semua kanak kanak kat dunia ni suka sangat kat ain . tak malu betul . tutup muka sikit lah hoii . hehe 

depan itu adik . yang belakang abang . please percaya
si manja ku . sayang dia ^*^ 
furqan as sheriff woody 
baju woody ni dia suka . lepas try baju tu langsung taknak buka . suka kemain . hehe . ni ana yang belikan . kitorang satu family selalu bawa dia jalan jalan . suka suka : )

kitorang pakai kan adha inner scarf . macam nuka mak dia . comel 
ni pulak cucu pertama mak long . anak buah first ain ! zaid zafri . pandai cakap "ayakk" (air) . comel je . being the 1st grandchild in a family memang best . semua orang nak care kat dia . untung zafri dapat aunties yang gorgeous macam ain . ehem ehemm : P

innocent je muka dia . dagu yang mahal tuuu
jarang dapat jumpa si kecil ini . sebab dia tinggal nun jauh kat utara . hehe . time raya je lah dapat jumpa .
zafri excited ambil gambar dengan aunt yeeee 
tengok babies kan rasa macam jadi lembut je hati ni . tak sampai hati nak marah marah . i wonder how they could left their own babies dalam parit lah , beg lah , kat tepi surau lah . and not to mention even tergamak nak gugurkan kandungan . rugi tahu . 

tiba tiba rasa tak sabar nak habiskan degree . then cepat cepat kerja , kumpul duit banyak banyak . then buat apa ? yes ! kahwin . let's get married (monolog dalaman) and have my own babies . yayyyy ! insyaAllah . semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua . 

thanks for reading . and have a nice day people : )

Friday 4 November 2011

N E R V O U S !

assalamualaikum and hi everyone : )

what are the first thing that pop out of your mind when your read the title ? nervous nak tunang ? tak pun dapat result mungkin ? haha . mukadimmah cam sengal je . ok dah bye : P

hari jumaat yang indah . empat november duapuluh sebelas . semua trainee kat tempat ain buat internship ni cuak , takut , gementar , nervous & semua lah yang sinonim . 

sebab apa agak agak nya ? huuuuu . tak ada benda yang lebih mendebarkan untuk seorang trainee macam ain ni selain LECTURER nak datang EVALUATE kitorang ! dushuuummm . macam terkena tamparan wanita saja tahu ? 

you guys may like

amad : chillax , datang pantau je pun .
ali : alaaa , tu pun nak kecoh . lain lah nak sit for spm . 
abu : i pun takuuutttt . huwaarrgghh : /

--amad , ali dan abu . nama yang selalu guna time kecik kecik dulu . watak dalam teka teki . ingat tak ? jangan lah cakap tak : (

obvious kan yang amad and ali tu sangat psycho . maybe dorang belum go through their internship . or maybe , i guess thier internship went very WELL . okay ain jealous dengan amad and ali : (

abu pun  berdebar sebab apa ? sebab dia tak siap lagi logbook lah tu . logbook that he was supposed to update everyday without fail . or maybe because senior staffs at his office doesn't like him much . apasal sama macam ain je encik abu ni . pelik tapi benar nya . oppssie , kantoi : P

actually , we've been expecting her to come since as early as 9 am . but she hasn't come , yet . lega ! yayyy . "dear madam , please come later . tak datang langsung pun tak apa . HAHA" . i texted her . well , you know i'm bluffing don't you ? memang menempah kegagalan dalam intership lah macam tu . silap silap kena repeat . maaakkk , tak nak repeat ! hehe

ain cuma harap december cepat datang . kalau boleh , nak lusa dah december . boleh pulak macam tu -.-'' ain tak ada intention untuk proceed kerja kat sini . rasa nak try environment baru . cuti 3 bulan kan . macam macam boleh buat . jealous tak ? please cakap jealous . heuheuheu . 

ain dah aim nak buat part time je . kat gsc (effect suka bebeno tengok movie) and one more would be COOL BLOG (sangat suka minum cool blog . vanilla oreo with pearl and chocolate with pearl are my favourite)

super duper tempting . yummy !
kedai dah lah colour pink . tengah tengah nervous ni , kalau dapat minum cool blog , memang amazing lah ! 

by just looking at it's stall pun dah boleh buat ain macam nak histeria :  )
so , ain tengah enjoy masa free yang ada . and rasa nak senyum lebar lebar . sebab sangat bersyukur pada Allah atas segala nikmat yang ain dapat dari ain mula bernafas dalam perut mak , sampai hujung nyawa ain . Alhamdulillah . thanks Allah : ) 

senyum tak perlu kata apa apa . lalalala : P

okay . that's it . till me meet again .

thanks for reading and have a nice day people : )