assalamualaikum and hi everyone : )
lama nya jari jemari runcing i tak menaip . rindu nya pada cik papan kekunci . okay bai . sila sepak kalau rasa menyampah . heee : )
tengok tajuk kat atas tu . nampak gempak kan ? memang gempak pun . serius ain excited nak cerita . dah lama and berhabuk dah gambar ni ain simpan dalam handphone . nasib tak dimakan anai anai . nah , tengok gambar2 ni dulu . so , just sit back , relax and enjoy !
|
besaaaaaaaaaaaar sgt ! |
|
cover habis , tapi sedikit jakun . haha |
nampak tak . ni bukan kisah dongeng atau kisah bohong . ni fakta ! read my lips , this is a fact people ! >.< . malunya dengan diri sendiri . gambar tu bertarikh 19 nov , dah berkurun dah . adui , tutup muka lah camni *.* .
apa ? tak percaya lagi . tak apa . nah , baca ni --
MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.
Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.
Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.
Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.
Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.
Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. — Bernama
haaaa , dah percaya kan . bagus bagus . kalau korang tak pernah tengok lagi kapal ni , pergi lah . ain dah tengok (dari luar je) tapi kira okay lah tu kan ? visit Malacca means visit Malaysia , tak gitu ? cewaaaah . melaka ada banyak tempat best untuk korang lawati . kapal super duper besar bersepah sepah kat melaka . kat selat melaka ada , kat bandar hilir ada . heeee .
tengok ni
.
.
.
|
apakah abang no. 3 ni buat ? curi tulang je >.< |
|
muzium kapal samudera . muzium yang best ! |
|
waktu malam sangat cantik . tapi tak boleh masuk malam |
cantik kan ? ain tahu , memang cantik . untung lah ain belajar kat melaka . promote lagi : D so , to those who had never been to Malacca , please do so . melaka mewah dengan sejarah and makanan yang sedap sedap . not to mention the people around . sangat warm , ehh yeke ? heee
dah cukup cukup lah ni ye peeps . heee . till we meet again : )
thanks for reading and have a nice day people . peace yaaaaw !