assalamualaikum and hi everyone : )
okay people . how're you doing ? kepada semua students degree yang akan start korang punya mid term break mulai esok , ain harap korang still datang kelas . even hari korang cuma ada SATU kelas sahaja . and esok pun ada SATU je . macam ain ! kesian kan . rasa macam nak terus balik hari ini pun ada tahu . tapi takpe lah . tunggu satu hari je lagi . esok dah balik ! yay ! *lompat lompat atas katil* hehe
i bet many of you have your own pet . pet ialah haiwan peliharaan . it is not necessary that your pet is a cat . it could be that you are so into reptiles . which of course i am not . awal awal lagi dah tolak jauh jauh . kalau ada siapa nak hadiah kan ain mengkarung ke , biawak hidup ke even biawak yang dah mati sekalipun , you better don't do it . pleaseeee *merayu ni* i just dont like reptiles . enough . but for those who love them , you have my full respect . *tabik*
pada suatu hari , mr.boifie menghadiahkan ain 2 ekor Beta Splendens . apakah ? nak suatu hari bagai ? ingat ni story telling ke ? hehe . haaa , mesti korang tak tahu kan apa ke binatang Beta tu ? Beta Splendens tu nama saintifik ikan laga . jangan nak buat muka pelik atau terkejut sangat lah . tak payah . buat muka biasa je okay . disebabkan excited kemain dapat my FIRST PET of my ENTIRE life , jadi gelojoh nak bagi nama . HAHA . nak tahu nama apa yang kitorg bubuh (bagi) untuk our pet tu ? naaaaaaahhh ! tengok dulu gambar depa . comel tahu you all .
berenang riang ria ke sana ke mari : ) |
meet my new pet ! seekor warna merah . lagi seekor warna biru . thanks tau mr.boifie . sebab bagi ikan ni kat saya . suka gila . dah lama kitorang cari . merata cari tapi last last jumpa . yahoooo . kenapa ikan laga ? kenapa bukan ikan emas ? kenapa bela dalam tupperware isi kuih raya ? amboi , sabar sabar . banyaknya soalan . kepada yang tertanya tu , meh ain jawab eh .
kenapa ikan laga ? sebab mr.boifie kata nak jaga dia senang . dah lah cantik , senang jaga . dapat tenangkan fikiran yang serabut memikirkan masalah dunia dengan hanya tengok mereka berenang . betul ni , tak tipu . tak percaya ? try lah beli . tak pun tengok je ikan kat dalam akuarium rumah jiran sebelah . mesti korang rasa tenang . kenapa bukan ikan emas ? sebab nanti orang curi ikan ain then jual . ikan EMAS lah katakan . hehe . lagipun ikan emas perlukan udara dalam air tu . macam leceh sikit lah . ain suka benda yang simple je . kenapa bela dalam balang kuih raya ? sebab kan busy dengan assignments yang super melambak , jadi kitorang main grab je bekas ni dekat kedai . tapi kitorang ada plan nak tuka bekas dia . don't worry .
peeps , meet meme (left) and ruru (right) |
ini lah dia . meme and ruru . ikan laga saya dan mr.boifie . dorang 2 ekor ni lah peneman ain study memalam . sewaktu ms.roomate sedang asyik dibuai mimpinya . even they cant talk , but by just looking at them i feel so relieved , relaxed and many other feeling that only the person who have this pet would understand . ayat nak over kan . tapi memang serious best . the feeling . no words could describe it . so memandangkan cuti mid term ni seminggu , so i'm planning to take them home . naik bas . all the way from Malacca to Klang . merasa lah dorang naik bas . ikan lain tak dapat tau .
kenapa nama dia pelik kemain ain oiiii ? meme dan ruru , pelik sangat ke ? siapa boleh teka kenapa ain bagi nama tu ain bagi korang baca blog ain secara percuma . hahah . actually , meme dapat nama tu sempena badannya berwarna MERAH , ruru pulak sebab warna dia BIRU . unique isn't it ? nama ni atas persetujuan kami berdua tau . bukan ain syok sorang je .
so , macam mana dengan kesayangan bucuk bucuk ain ni ? best kan . korang ada haiwan peliharaan kesayangan jugak tak ? jom lah share . ain pun nak tahu .
thanks for reading and have a great day people .