♥ the beauties and the handsome ♥

a SMALL princess
with a BIG heart

princess

My photo
i wanna be a GREAT person SOMEDAY : )

Friday 30 December 2011

Alvin and The Chipmunks in the house .

assalamualaikum and hi everyone : )

how're you people ? i hope you're doing great . takmo sakit sakit . tapi kalau  dah sakit tu , makan ubat dan doa banyak banyak semoga Allah sembuhkan penyakit tu . okay you all ? sebab lately , i was sick . demam dua hari . huuuu . tapi alhamdulilah , i am better now .

so dear friends . apa yang korang buat last weekend ? since i really loooooovveeee to watch movies , last week i ended up watching Alvin and The Chipmunks 3 . walaupun mengantuk , tetap jugak nak tengok . lepas tu , terlelap dalam wayang tu . aiseymen , rugi je . hehe .

call me lame or so yesterday or whatever . tetap nak post entry ni walau dah berdebu dalam draft : (

AWESOMENESS . i love : )


Alvin Seville, Simon Seville , Theodore Seville


meet the Chipettes - Britanny Miller , Jeanette Miller , Eleanor Miller

apa apa pun cerita tu memang terbaik . this is based on my opinion . kalau sesiapa belum tengok , ain syorkan korang tengok lah . serius best ! tak rugi ! weeeee : )

chipmunks tu apa benda ? okay you all . ni ain nak share . tiba tiba terajin nak bukak dictionary dalam handphone kesayangan . by definition , chipmunk or chipmunks (plural) a burrowing ground squirrel with cheek pouches and light and dark stripes running down the body , found in North America and northern Eurasia .

dorang ni dari TV series taw . apa ? korang dah tahu ? cisss , ain baru tahu =.='

Friday 9 December 2011

great weekend with my dear friend fatiha

assalamualaikum and hi everyone : )


hari jumaat yang indah belaka . thanks Allah for giving me another day to live in this world . Alhamdulilah . syukur atas segala nikmat kurniaanMu . i am a Muslim and i am proud of it . are you ? insyaAllah . sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan . tak ada istilah terlambat untuk berubah . after all , better LATE than NEVER . am i right ?



oopps . terlebih sudah . HAHA


hai semua ! how are doing people ? ain harap semua sihat sihat selalu . kalau tak sihat , pergi jumpa doktor , makan ubat dan doa pada Allah semoga cepat sembuhkan penyakit awak ye .

actually , i have plenty of time today . so that's why i end up here . babbling . heee . just wanted to share something with you guys . and for future childrens and grandchildrens . oh man ! tak malu ke tulis cenggitu ? malu sikit lah . tapi tak kira , nak tulis jugak . HAHA



ni lah dia cik fatiha : )


cuba tengok view kat belakang tu . cantik . sebelah kiri (korang) tu sungai melaka tau . jangan tak tahu . hehe . tepi sungai tu pulak ada hotel Casa Del Rio . korang boleh feeling ala ala Brazilian gitu . serius cantik . ain jatuh cinta betul dekat view hotel ni . amazing . yang dua orang tu pun cantik kaaaaaannn . *okay . pengsan kejap*



ada river cruise lagi tu .

ini view di kala siang hari . cantik sangat . dekat tengah bandar ada hotel atas sungai . apa lagi yang korang nak ? cehhh , macam marah je . tak marah pun tau .

serius ain nak masukkan hotel ni dalam list hotel untuk honeymoon kat malaysia . cewaaaaaah . belajar pun ada lagi satu semester . berangan lebih . kalau mak ain baca lah , memang kena sekeh laju laju lah gamaknya .



rasa macam nak tinggal kat sini lama lama je . pleaseee


ni lah favourite view ain . all those lights , it's really amazing . sambil duduk tu , rambut (gadis free hair) dan tudung and segala shawl semua (gadis with hijab) akan terbang ditiup angin sepoi sepoi bahasa tu . auuwww , sungguh mendamaikan .



before makan sempat lagi capture gambar . ish ish


dah penat jalan jalan . jom kita makan dulu ! yabedabeduuu . part makan memang favourite ain . hehe



caaakkkk . tak ada motif . heee


dah makan . jalan pun dah . tunggu apa lagi . jom main cak caak . hehe . kalau yang ada family and rasa nak bersantai , jemput lah datang sini . hilang stress and penat kerja seminggu .



classmate ain : B
thanks tya . for coming to malacca . all the way from muar . driving alone . risau and sangat terharu . next time kita jalan jalan lagi mahu ? p.s : saya memang kaki jalan . kehkeh

that's it . tata . may you guys have a great weekend ahead . hidup dan bekerjalah seolah olah kamu akan hidup untuk selamanya . dan beramal lah seolah olah kamu akan mati esok . santapan minda ^.^

thanks for reading and have a great day people : )

nak jugak !

assalamualaikum and hi everyone : )

ada suatu hari , ain memberanikan diri untuk mesej ayah ain . nak suarakan rasa hati mahu ambil lesen kereta . ya ya . tak payah nak tenyeh tenyeh mata . memang betul apa yang korang baca . your eyes dont lie buddy . =.="  memang ain tak ada lesen kereta pun . dah tua bangka pun tak ada lesen lagi . pleaseeee jangan gelak kawan kawan . nak gelak juga ? okay fine , silakan . T.T

ain : ayah , orang ingat nak ambil lesen kereta lah . boleh tak ?
ayah : tak boleh , dia tak ajar budak sekolah rendah .

tergelak je ain baca mesej itu . beberapa minit lepas tu ,

ayah : boleh , nanti kita ambil lesen ye .

ayah takut anaknya ini terluka . cepat cepat ayah send mesej baru . padahal ain tergelak kot baca mesej pasal budak sekolah rendah tu . tak patut je . anak ayah ini cuma 145cm je . memang standard ke budak sekolah rendah 145cm macam ain ni . arghh ! frust . nak gayut kat monkey bar dah terlambat . haissshh +.+

so , i hereby would like to make a confession -- yeah ! i am 21 yet i don't have a driving license . how pathethic huh ? rakan sebaya siap boleh drive berkilometer . tak kisah , kacang goreng .

myvi is super duper cute . sesuai untuk ain . cewaah
ain pulak still terkial kial . haritu 1st time belajar bawak myvi manual . thanks cikgu and supporters . mula mula macam hebat lah konon . last last give up . sebab sangat tak reti nak balance kan clutch and minyak tu . FAIL , rasa nak ketuk ketuk je stering kereta tu . nasib kereta orang , jadi boleh control lagi .

rasa macam nak suarakan pada parlimen supaya kereta automatik je yang ada dekat sekolah memandu tu . pleaseeeee . driving an automatic car a way cool and easier . snap fingers 

nak kumpul duit . nak ambil lesen . tapi rasanya masih jauh lagi lesen L tu dari ain . huh . tak apa , akan ku kejar mu sampai ke lubang cacing . wakaka . takut tak takut tak ?

idaman kalbu
to my beloved buddies Eliza and Wani , i wish you all the best in your driving classes . dah dapat lesen nanti , bawak kita jalan jalan okay . kita nak duduk belakang goyang goyang kaki je . macam princess . ehh , bukan macam memang princes ! *dush dush*

ni lah best buddies ain .

presenting
.
.
big round of applause
.
.
.
.


from left : farah , budak sesat , wani

eliza . from nz with love :p
so by end of this year insyaAllah masing masing dah ada lesen . yahooooo ! tak apa , next year ain pulak . nanti korang jadi cikgu kita ehhh .

okay . that's it for now .

pesanan penaja : jadilah pemandu and penunggang yang berhemah and cool . jangan buang sampah dari kenderaan anda okay . littering ain't cool peeps .

thanks for reading and have a great day people .

Friday 2 December 2011

submarine kat melaka ? biar betul ?

assalamualaikum and hi everyone : )

lama nya jari jemari runcing i tak menaip . rindu nya pada cik papan kekunci . okay bai . sila sepak kalau rasa menyampah . heee : )


tengok tajuk kat atas tu . nampak gempak kan ? memang gempak pun . serius ain excited nak cerita . dah lama and berhabuk dah gambar ni ain simpan dalam handphone . nasib tak dimakan anai anai . nah , tengok gambar2 ni dulu . so , just sit back , relax and enjoy !

 
besaaaaaaaaaaaar sgt !

cover habis , tapi sedikit jakun . haha
nampak tak . ni bukan kisah dongeng atau kisah bohong . ni fakta ! read my lips , this is a fact people ! >.<  . malunya dengan diri sendiri . gambar tu bertarikh 19 nov , dah berkurun dah . adui , tutup muka lah camni *.* .

apa ? tak percaya lagi . tak apa . nah , baca ni --

MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.

Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.
Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. — Bernama

haaaa , dah percaya kan . bagus bagus . kalau korang tak pernah tengok lagi kapal ni , pergi lah . ain dah tengok (dari luar je) tapi kira okay lah tu kan ? visit Malacca means visit Malaysia , tak gitu ? cewaaaah . melaka ada banyak tempat best untuk korang lawati . kapal super duper besar bersepah sepah kat melaka . kat selat melaka ada , kat bandar hilir ada . heeee .

tengok ni
.
.
.

apakah abang no. 3 ni buat ? curi tulang je >.<

muzium kapal samudera . muzium yang best !

waktu malam sangat cantik . tapi tak boleh masuk malam
cantik kan ? ain tahu , memang cantik . untung lah ain belajar kat melaka . promote lagi  : D so , to those who had never been to Malacca , please do so . melaka mewah dengan sejarah and makanan yang sedap sedap . not to mention the people around . sangat warm , ehh yeke ? heee

dah cukup cukup lah ni ye peeps . heee . till we meet again : )

thanks for reading and have a nice day people . peace yaaaaw !