♥ the beauties and the handsome ♥

a SMALL princess
with a BIG heart

princess

My photo
i wanna be a GREAT person SOMEDAY : )

Friday 2 December 2011

submarine kat melaka ? biar betul ?

assalamualaikum and hi everyone : )

lama nya jari jemari runcing i tak menaip . rindu nya pada cik papan kekunci . okay bai . sila sepak kalau rasa menyampah . heee : )


tengok tajuk kat atas tu . nampak gempak kan ? memang gempak pun . serius ain excited nak cerita . dah lama and berhabuk dah gambar ni ain simpan dalam handphone . nasib tak dimakan anai anai . nah , tengok gambar2 ni dulu . so , just sit back , relax and enjoy !

 
besaaaaaaaaaaaar sgt !

cover habis , tapi sedikit jakun . haha
nampak tak . ni bukan kisah dongeng atau kisah bohong . ni fakta ! read my lips , this is a fact people ! >.<  . malunya dengan diri sendiri . gambar tu bertarikh 19 nov , dah berkurun dah . adui , tutup muka lah camni *.* .

apa ? tak percaya lagi . tak apa . nah , baca ni --

MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.

Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.
Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. — Bernama

haaaa , dah percaya kan . bagus bagus . kalau korang tak pernah tengok lagi kapal ni , pergi lah . ain dah tengok (dari luar je) tapi kira okay lah tu kan ? visit Malacca means visit Malaysia , tak gitu ? cewaaaah . melaka ada banyak tempat best untuk korang lawati . kapal super duper besar bersepah sepah kat melaka . kat selat melaka ada , kat bandar hilir ada . heeee .

tengok ni
.
.
.

apakah abang no. 3 ni buat ? curi tulang je >.<

muzium kapal samudera . muzium yang best !

waktu malam sangat cantik . tapi tak boleh masuk malam
cantik kan ? ain tahu , memang cantik . untung lah ain belajar kat melaka . promote lagi  : D so , to those who had never been to Malacca , please do so . melaka mewah dengan sejarah and makanan yang sedap sedap . not to mention the people around . sangat warm , ehh yeke ? heee

dah cukup cukup lah ni ye peeps . heee . till we meet again : )

thanks for reading and have a nice day people . peace yaaaaw ! 



18 luahan:

Dhiya Fariza said...

believe it or not i tak pernah masuk kapal samudera tu.

bertuahnya u dpt amik gambar dgn kapal selam! AAAA hehe

Pocket said...

hoh!!
kapal selam!!
pocket tak pernah tengok tu,
pasal dia dok selam jer :D

dalam tivi jer lah kot.
sure sempit kan kat dlm tu:D
masuk tak?

Nor Ain said...

@Dhiya Fariza heeeee . betul ? jom datang melaka . i'll be the best tour guide ever . hewhewhew

Nor Ain said...

@Pocket heeee . tulah . tetiba kapal selam ada kat darat kan . tu yang happy sgt dpt tgk tu . hukhuk .

tak sure sempit or tak . sebab ain tak masuk pom : )

aishahrajindra said...

ape lg yg menarik kt melaka tu ain??mse skolah pnah la pegi..dlm perancangan nk g sne lg..tp xtaw pe yg ,mnarik lg kt situ..hihihihi ce promot lg..>__<

Liyana Zahim said...

I love n alwiz looooooooove malacca!! Huhuhu~

Azie Azman said...

lama dah kite tak pegi melaka ain..
rinduu pulak rasa :D
nnt kalau kite pegi kite roger ain eh?
jadi tourist guide boleh? *wink wink

Nor Ain said...

@aishahrajindra heeee . dah lama sangat tu aishah . hehehe . nanti kita jadi menteri pelancongan , kita akan wajibkan awk datang melaka . heee

Nor Ain said...

@Liyana Zahim OMG OMG !! it's liyana zahim in the house . yay ! sama lah kita . melaka is super AWESOME ! : )

Nor Ain said...

@Azie Azman nanti nak honeymoon jemput lah datang ke melaka . cewaaaahhh . HAHA . ehhh , boleh azie . anything for you my dear . i'll be the best tour guide ever ! >.<

Unknown said...

huyoo besarnya :D
boleh naik lagi ke kapal samudera tu?

Nor Ain said...

@Saiazuan sangat besar . boleh boleh . sebab dia memang buka untuk public . yay : P

Unknown said...

fuh, besar gila.....

boleh bawa satu kampung menyelam heheheheh

Nor Ain said...

@Azham Vosovic memang boleh sangat . habis kampung kosong takde orang . semua kat bawah laut dlm kapal selam . wow

dill said...

best ah tengok kapal selam dekat2! jeles

dill.

amin said...

abang no.3 ngah keje mengecat kapal selam tu... wat partime... hahahha

Nor Ain said...

@dill best dill . selalu tgk dalam internet and tv je . ni dapat tgk live depan mata . memang best ! : )

Nor Ain said...

@MOHAMMAD AMIN BIN ZULKEPLIHAHAHAH . apo daaaaa . org nak ambil gmbar kapal selam . dia lak sibuk posing . kehkeh